Bunga raya, juga dikenali sebagai
bunga sepatu dan
kembang sepatu [1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis
tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus
Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga raya ialah bunga kebangsaan
Malaysia. Selepas mencapai
kemerdekaan,
Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun
1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis
bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu
Bunga Kenanga,
Bunga Raya,
Bunga Melur,
Bunga Teratai,
Bunga Mawar,
Bunga Cempaka dan
Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada
28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan
Singapura,
Sabah dan
Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian
India.